Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Quah Jing Wen sumbang pingat emas ke-44 Singapura, menang 100 meter gaya kupu-kupu

Perenang negara, Quah Jing Wen sekali lagi membuktikan kehebatan beliau setelah menewaskan kakaknya sendiri, Ting Wen, dan meraih pingat emas dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter hari ini (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2017 07:51PM Dikemas Kini : 27 Aug 2017 12:35AM

KUALA LUMPUR: Perenang negara, Quah Jing Wen sekali lagi membuktikan kehebatan beliau setelah menewaskan kakaknya sendiri, Ting Wen, dan meraih pingat emas dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter hari ini (26 Ogos).

Jing Wen mencatat 59.38 saat sekaligus menduduki tempat pertama. Ting Wen pula mencatat masa 1:00.45 saat dan ini bermakna beliau terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Perenang Thailand, Kornkarnjana Sapianchai, pula meraih pingat perak dengan masa 1:00.45 saat.

Kemenangan ini juga bermakna, Singapura sudah mengumpulkan 44 pingat emas di Sukan SEA 2017, jumlah paling banyak yang pernah diraih sejauh ini dalam pertandingan serantau itu.

Ini adalah pingat kedua Jing Wen dalam acara perseorangan di Sukan SEA setelah perenang berusia 17 tahun itu meraih pingat emas dalam acara gaya kupu-kupu 200 meter, sekaligus mencatat rekod baru.

Pasangan adik-beradik Quah itu juga membantu Team Singapore meraih pingat emas dalam semua acara rampaian gaya bebas 4x100 meter, 4x200 meter dan 4x100 meter.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan