Sukan SEA: Pesilat Sheik Farhan sumbang pingat untuk S'pura
Pesilat Singapura Sheik Farhan Sheik Alauddin memenangi pingat emas dalam acara Tanding Kelas J (90kg hingga 95kg) dalam pertandingan pencak silat di Sukan SEA pada Selasa (29 Ogos).
KUALA LUMPUR: Pesilat Singapura Sheik Farhan Sheik Alauddin memenangi pingat emas dalam acara Tanding Kelas J (90kg hingga 95kg) dalam pertandingan pencak silat di Sukan SEA pada Selasa (29 Ogos).
Sheik Farhan, 20, yang juga merupakan seorang juara dunia, menumpaskan Mohd Khaizul Yaacob dari Malaysia dengan kiraan 5-0. Sheik Farhan ialah anak kepada juara dunia silat sebanyak dua kali dan pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak empat kali Sheik Alauddin.
Awal dari itu, Muhammad Nur Alfian Juma'en tumbang dalam acara Tanding Kelas G (75kg hingga 80kg) selepas kecundang 0-5 kepada Nguyen Duy Tuyen dari Vietnam dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Nur Alfian menang emas dalam kategori Tanding Kelas F (70kg hingga 75kg) di Sukan SEA 2015.
Shakir Juanda juga merangkul pingat perak selepas kalah 0-5 kepada Nguyen Van Tri dari Vietnam dalam kategori Tanding Kelas I (80kg hingga 85kg).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.