Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Perenang S'pura mara ke peringkat akhir

Perenang Singapura yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik, Quah Zheng Wen gagal mempamerkan prestasi cemerlang sejauh ini, namun beliau dan beberapa perenang negara yang lain, berjaya mara ke peringkat akhir kejohanan renang Sukan SEA pada Selasa (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Perenang S'pura mara ke peringkat akhir

Perenang Singapura Quah Zheng Wen. (Gambar: GABRIEL BOUYS/AFP)

Diterbitkan : 22 Aug 2017 12:43PM Dikemas Kini : 22 Aug 2017 12:45PM

KUALA LUMPUR: Perenang Singapura yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik, Quah Zheng Wen gagal mempamerkan prestasi cemerlang sejauh ini, namun beliau dan beberapa perenang negara yang lain, berjaya mara ke peringkat akhir kejohanan renang Sukan SEA pada Selasa (22 Ogos).

Quah menamatkan acaranya di tangga ke-5 di kalangan sembilan perenang dalam acara 200m gaya kupu-kupu dengan masa 2:05.56s, sementara rakan senegaranya, Ong Jung Yi, menduduki tempat ke-7 dengan mencatat masa 2: 08.32s untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Dalam acara renang 50m kuak dada bagi wanita, Roanne Ho mencatat masa 31.84s untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya, begitu juga dengan rakan senegaranya, Samantha Yeo, yang menduduki tempat ketiga di kalangan 11 perenang dengan mencatat masa 32.29s.

Turut mara ke peringkat akhir ialah Rachel Tseng dan Gan Ching Hwee yang masing-masing mencatatkan masa 4: 22.34s dan 4: 25.57s, untuk menduduki tempat ke-6 dan ke-8 dalam gaya bebas 400m wanita.

Peringkat akhir yang dijadual esok bermula jam 7.00 malam, di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan