Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan renang S'pura menang pingat emas dalam perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter gaya bebas wanita

Pasukan Singapura berjaya mengalahkan Thailand dan Indonesia untuk meraih pingat emas di Sukan SEA acara renang 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti wanita hari ini (21 Ogos) sekali gus memecahkan rekod Sukan SEA dan kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan renang S'pura menang pingat emas dalam perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter gaya bebas wanita

Pasukan renang S'pura menang pingat emas dalam perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter gaya bebas wanita. (Gambar: Noor Farhan / CNA)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 10:16PM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 10:21PM

KUALA LUMPUR: Pasukan Singapura berjaya mengalahkan Thailand dan Indonesia untuk meraih pingat emas di Sukan SEA acara renang 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti wanita hari ini (21 Ogos) sekali gus memecahkan rekod Sukan SEA dan kebangsaan.

Amanda Lim, Natasha Ong dan adik beradik Quah Jing Wen dan Ting Wen mencatat masa 3:44.38 saat, untuk menjuarai perlumbaan di Pusat Akuatik Kebangsaan Bukit Jalil.

Rekod Sukan SEA sebelum ini, iaitu 3:45.73 dicatat oleh Amanda Lim, Lynette Lim, Quah Ting Wen dan Mylene Ong.

Awal petang ini, Quah Jing Wen meraih pingat emas pertama Singapura bagi acara renang, menewaskan Vietnam dan Thailand dalam acara 200 meter gaya kupu-kupu dan memecahkan rekod yang dicatat oleh Tao Li pada 2008. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan