Images
  • Men's medley
    Juara acara rampaian 4x100m di Sukan SEA 2017. (Gambar: Justin Ong)  

Sukan SEA: Pasukan renang S'pura bolot 19 pingat emas, 6 perak & 10 gangsa

KUALA LUMPUR: Pasukan renang Singapura berjaya membolot semua pingat emas bagi acara rampaian di Sukan SEA 2017 setelah menang dalam acara rampaian 4x100 meter kategori lelaki malam ini (26 Ogos).

Pasukan yang terdiri daripada Joseph Schooling, Quah Zheng Wen, Darren Lim dan Lionel Khoo mencatat masa 3:37.46 saat di Pusat Akuatik Nasional, 2.8 saat jauh meninggalkan pasukan lawan, Indonesia.

Masa yang dicatat juga adalah rekod terbaru negara dan Sukan SEA, memecahkan rekod yang dicatat oleh pasukan Singapura pada Sukan SEA 2015.

Buat kali kedua berturut-turut di Sukan SEA, Singapura menggondol semua enam pingat emas dalam acara renang.

Para perenang Singapura mengungguli acara renang gaya bebas 4x100 meter dan 4x200 meter serta rampaian 4x100 meter bagi kategori lelaki dan wanita, pada Sukan SEA tahun 2015 dan 2017.

- CNA/NK/nk

Komen Anda?

Top