Images
  • Skuasy

Sukan SEA: Pasukan lelaki, wanita S'pura mara ke peringkat akhir esok

SINGAPURA: Pasukan Squasy lelaki dan wanita Singapura berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung esok (28 Ogos).

Di separuh akhir ini pasukan lelaki Singapura mengalahkan Indonesia 2-0.

Singapura akan bertemu Filipina di peringkat akhir nanti.

Pasukan Filipina mara setelah mencatat keputusan mengejutkan dengan mengalahkan tuan rumah Malaysia, 2-0.

Dalam perlawanan akhir wanita, pasukan Singapura akan bertemu Malaysia.

Peluang Singapura untuk menang mungkin sukar tetapi tidak mustahil.

- CNA/MU/nk

Komen Anda?

Top