Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan bola jaring S'pura mara ke perlawanan akhir selepas tewaskan Thailand

Satu-satunya kekalahan yang dialami Singapura dalam pertandingan ini adalah di tangan Malaysia semasa pusingan robin pada Rabu lalu (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan bola jaring S'pura mara ke perlawanan akhir selepas tewaskan Thailand

Pasukan Singapura dan Thailand dalam perlawanan peringkat separuh akhir di Sukan SEA 2017. (Gambar: Toggle)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 04:18PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 04:19PM

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Singapura menundukkan Thailand 55-43 dalam peringkat separuh akhir pertandingan bola jaring Sukan SEA 2017 hari ini (19 Ogos).

Selepas mendahului 13-9 di akhir suku pertama, Singapura terus berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan 26-21.

Pasukan negara melebarkan jurang kepada 41-30 di akhir suku ketiga, sebelum mengatasi pasukan lawan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir, di mana Singapura akan menentang tuan rumah, Malaysia.

Satu-satunya kekalahan yang dialami Singapura dalam pertandingan ini adalah di tangan Malaysia semasa pusingan robin pada Rabu lalu (16 Ogos).

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan