Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Lau Ywen menang pingat emas dalam acara 'sabre'; emas kedua S'pura dalam sukan lawan pedang

Atlit lawan pedang Singapura Lau Ywen memenangi pingat emas dalam acara 'sabre' individu wanita di Sukan SEA pada Rabu (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Lau Ywen menang pingat emas dalam acara 'sabre'; emas kedua S'pura dalam sukan lawan pedang

Lau Ywen selepas memenangi pingat emas di Sukan SEA. (Gambar: Noor Farhan)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 05:50PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 05:54PM

KUALA LUMPUR: Atlit lawan pedang Singapura Lau Ywen memenangi pingat emas dalam acara 'sabre' individu wanita di Sukan SEA pada Rabu (23 Ogos).

Ywen menewaskan atlit lawan pedang dari Thailand, Pornsawan Ngernrungruangroj, selepas persaingan sengit yang berakhir 15-12.

Beliau mengikuti jejak langkah rakan seperjuangannya Amita Berthier, yang meraih pingat emas pertama Singapura dalam sukan lawan pedang apabila beliau berjaya muncul sebagai yang terbaik dalam acara 'foil' wanita pada Isnin.

Atlit berusia 17 tahun itu juga dianugerahi Atlit Remaja Perempuan Terbaik di majlis anugerah Sukan Singapura pada bulan Ogos.

Beliau turut mencipta sejarah pada tahun 2016 apabila menjadi atlit Asia Tenggara yang pertama untuk memenangi kejuaraan dumia lawan pedang selepas muncul terbaik dalam acara 'sabre'.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan