Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA KL 2017 dibuka secara rasmi hari ini

Ini merupakan kali ke-6 Malaysia menjadi tuan rumah dengan yang terakhir sebelum ini ialah 16 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2017 09:21PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 09:51PM

KUALA LUMPUR: Upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur berlangsung malam ini (19 Ogos) di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh menampung 85,000 penonton.

Ia akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin menjanjikan persembahan terbaik bagi para penonton di stadium dan di rumah yang melibatkan juga penggunaan teknologi tercanggih.

Tambahan lagi Sukan SEA Kuala Lumpur kali ini berlangsung dalam bulan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Kesemua hampir 5,000 peserta akan bersaing dalam 404 acara daripada 38 jenis sukan.

Sukan SEA ke-29 ini berlangsung sehingga 30 Ogos iaitu sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60.

Ini merupakan kali ke-6 Malaysia menjadi tuan rumah dengan yang terakhir sebelum ini ialah 16 tahun lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan