Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Jowen Lim menang pingat emas pertama wushu bagi S'pura

Singapura memenangi pingat emas pertama dalam acara wushu di Sukan SEA ke-29 pada pagi Isnin (21 Ogos) melalui Jowen Lim.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Jowen Lim menang pingat emas pertama wushu bagi S'pura

Jowen Lim dari Singapura bertanding dalam kategori Daoshu Wushu di Sukan SEA tahun ini. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 11:32AM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 11:34AM

KUALA LUMPUR: Singapura memenangi pingat emas pertama dalam acara wushu di Sukan SEA ke-29 pada pagi Isnin (21 Ogos) melalui Jowen Lim.

Lim, yang berusia 18 tahun, juga mengungguli kategori daishu dan gunshu lelaki di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau mendahului kedudukan dengan markah 9.68 dalam kategori gunshu pada Ahad dan kemudian mencatat mata 9.69 dalam bahagian daoshu, dengan jumlah mata 19.37, sekaligus merangkul pingat emas dalam acara tersebut.

Ini adalah pingat emas kedua Sukan SEA bagi Lim selepas memenangi acara lelaki dua senjata dalam edisi terakhir di Singapura.

Seorang lagi wakil Singapura dalam acara tersebut, Yong Yi Xiang, menduduki tempat keempat.

Pingat tersebut adalah yang ketiga bagi Singapura dalam acara wushu selepas adik-beradik Fung Jin Jie dan Fung Hui Xin masing-masing memenangi pingat gangsa dalam kategori Jianshu pada hari pertama pertandingan pada Ahad.

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan