Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Joseph Schooling menang emas gaya kupu-kupu 100m, catat rekod baru

Juara acara kupu-kupu 100m Olimpik Joseph Schooling memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA 2017 pada Rabu (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Joseph Schooling menang emas gaya kupu-kupu 100m, catat rekod baru

Joseph Schooling mencatat masa 51.38s acara kupu-kupu 100m. (Gambar: Noor Farhan)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 09:12PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 09:56PM

KUALA LUMPUR: Juara acara kupu-kupu 100m Olimpik Joseph Schooling memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA 2017 pada Rabu (23 Ogos).

Perenang berusia 22 tahun mencatat masa 51.38s untuk mendahului Triady Fauzi Sidiq dan Glenn Victor Sutanto dari Indonesia. Ia adalah acara yang sama di mana beliau memenangi pingat emas Olimpik dengan masa rekod 50.39s di Rio 2016.

Prestasi beliau pada Rabu menjadikan Joseph Schooling perenang pertama untuk mencatat masa bawah 52 saat dalam sejarah Sukan SEA, meskipun beliau meraih masa yang lebih lambat berbanding 50.83s di Kejohanan Sedunia FINA bulan lalu.

Schooling kelihatan cukup berpuas hati dengan keputusan tersebut, sambil memberitahu wartawan bahawa "ia adalah masa yang agak baik" baginya.

"Bagi temasya ini, catatan masa bukan matlamatnya. Ia lebih kepada membimbing perenang lebih muda," kata Schooling. "Saya gembira dengan masa yang dicatatkan meskipin ia bukan yang terbaik. Saya gembira dengan usaha yang saya berikan."

Ini adalah pingat emas ketiga Schooling di Sukan SEA Kuala Lumpur itu, selepas beliau mencatat rekod baru Sukan SEA dalam acara kupu-kupu 50m dan menerajui pasukan empat perenang dalam acara gaya bebas 100m.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan