Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Jasmine Ser menang pingat emas senapang angin 3 posisi 50m

Beliau hampir-hampir memenangi pingat emas dalam acara senapang angin 10 meter sebelum ditewaskan oleh rakan senegara Martina Veloso pada Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2017 03:15PM Dikemas Kini : 27 Aug 2017 12:35AM

KUALA LUMPUR: Beliau hampir-hampir memenangi pingat emas dalam acara senapang angin 10 meter sebelum ditewaskan oleh rakan senegara Martina Veloso pada Jumaat.

Bagaimanapun, pada Sabtu (26 Ogos), Jasmine Ser memastikan kekecewaan sama tidak berulang dalam acara senapang angin 3 posisi 50m individu apabila beliau mengungguli pertandingan dengan 451.2 mata.

Beliau sekaligus mencipta rekod baru Sukan SEA bagi acara tersebut tahun ini.

Veloso, yang merangkul emas pada Jumaat, tidak dapat menyaingi prestasi Ser pada Sabtu, dengan menembak 403.2 untuk menduduki tempat keenam daripada lapan pesaing.

Awal dari itu, Gai Bin dan Lim Swee Hon bertanding dalam peringkat akhir senapang angin 10m individu, tetapi gagal menepati sasaran mereka, dengan masing-masing menduduki tangga keenam dan ketujuh daripada lapan pesaing.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan