Images
  • Terjun Cantik
    Atlit terjun cantik Singapura Ashlee Tan dan Timothy Lee meraih pingat gangsa. (Gambar: Justin Ong)

Sukan SEA: Atlit S'pura raih 2 pingat gangsa dalam acara terjun cantik

KUALA LUMPUR: Atlit Singapura Ashlee Tan dan Timothy Lee hari ini (26 Ogos) meraih pingat gangsa dalam acara terjun cantik tiga meter di Sukan SEA.

Sungguhpun demikian, beliau jauh ketinggalan di belakang peserta Malaysia Nur Dhabitah yang menduduki tempat kedua dengan 311.35 mata dan juga pemenang pingat emas Ng Yan Yee.

Para atlit dari Malaysia memang terkenal dengan kehebatan mereka dalam acara turjun cantik, termasuk juara dunia Cheong Jun Hoong. Malah, Malaysia dilihat sebagai bakal meraih semua 13 pingat emas dalam Sukan SEA tahun ini.

Ooi Tze Liang tidak ketinggalan menambah jumlah pingat emas bagi negara itu, dengan mencatat 458 mata bagi acara terjun cantik tiga meter, manakala Ahmad Amsyar memenangi pingat perak dengan 432.25 mata.

Penyelam Singapura Timothy Lee menduduki tempat ketiga dengan 386.35 mata manakala kembarnya, Mark, berada di tempat keempat dengan 377.70 mata.

- CNA/NK/nk

Komen Anda?

Top