Images
  • Golf team
    Atlit golf Singapura di Sukan SEA. (Gambar: SNOC) 

Sukan SEA: Atlit golf S'pura menang emas - yang pertama sejak 28 tahun lalu!

KUALA LUMPUR: Atlit Singapura Gregory Foo, Joshua Shou, Marc Ong dan Joshua Ho menumpaskan pasukan Thailand dalam acara golf di Sukan SEA, sekaligus meraih pingat emas pertama negara dalam sukan itu.

Kali terakhir para atlit golf Singapura menang dalam sukan itu adalah di Sukan SEA 1989, semasa Samson Gimson mengungguli kategori perseorangan.

Sehingga pukul 3.00 petang ini (27 Ogos), Singapura sudahpun mengumpulkan 46 pingat emas.

- CNA/NK/nk

Komen Anda?

Top