Images
  • Amanda lim
    Amanda Lim (kanan) bersama Quah Ting Wen. (Gambar: Justin Ong)  

Sukan SEA: Amanda Lim menang pingat emas kelima berturut-turut bagi gaya bebas 50m

KUALA LUMPUR: Perenang negara Amanda Lim menang pingat emas dalam acara gaya bebas 50 meter di Sukan SEA 2017 hari ini (26 Ogos).

Beliau mencatat masa 25.41 saat, rekod baru terbaik di Sukan SEA, menempatkannya di hadapan Quah Ting Wen yang meraih pingat perak dengan masa 25.46 saat.

Kemenangan itu adalah yang kelima berturut-turut buat Lim di Sukan SEA tahun ini.

Ini merupakan pingat perseorangan pertama Lim. Beliau juga salah seorang perenang bagi acara gaya bebas 4x100 meter, yang meluncur langsung ke tempat pertama pada Isnin lalu (21 Ogos).

- CNA/NK/nk

Komen Anda?

Top