Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: 6 perenang layak wakili S'pura dalam acara renang laut terbuka

Enam perenang Singapura berjaya melayakkan diri untuk mewakili negara dalam acara renang laut terbuka di Sukan SEA Kuala Lumpur. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2017 05:11PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 10:52PM

SINGAPURA: Enam perenang Singapura berjaya melayakkan diri untuk mewakili negara dalam acara renang laut terbuka di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Ini setelah mereka menepati masa kelayakan dalam Kejohanan Renang Laut Terbuka Liberty Insurance hari ini (25 Mac).

Dua perenang lelaki dan tiga perenang wanita itu berjaya melayakkan diri berdasarkan masa yang ditetapkan bagi catatan masa 'A' untuk Sukan SEA.

Walaubagaimana pun, hanya dua perenang lelaki dan dua perenang wanita terbaik dalam setiap kategori akan dicalonkan oleh Persatuan Renang Singapura (SSA) untuk bertanding di Kuala Lumpur.

Benedict Boon dan Erasmus Ang kedua-duanya berjaya mendapat tempat pertama dan kedua bagi acara Renang Laut Terbuka 10 kilometer dalam kategori lelaki.

Mereka mencatat masa yang lebih pantas daripada masa kelayakan 'A' iaitu 2 jam 15 minit 29.8 saat.

Dalam kategori wanita pula, Chantal Liew, Chin Khar Yi dan Herlene Natasha Yu akan bersaing bagi merebut dua tempat yang diperuntukkan untuk mewakili Singapura.

Ini setelah mereka mecatat masa 2 jam 38 minit dan 47.39 saat.  

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan