Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA 2017: Atlit Team Singapore 'dalam diam yakin' catat prestasi cemerlang

Para atlit Team Singapore "dengan senyap-senyap berasa yakin" menjelang Sukan Asia Tenggara ke-29, yang akan berlangsung pada Ogos ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2017: Atlit Team Singapore 'dalam diam yakin' catat prestasi cemerlang

Presiden Tony Tan Keng Yam bertemu para pemain bola jaring sewaktu sesi latihan mereka. (Gambar: Elizabeth Neo)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 08:46AM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 10:34AM

SINGAPURA: Para atlit Team Singapore "dalam diam berasa yakin" menjelang Sukan Asia Tenggara ke-29, yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Itulah pandangan Presiden Tony Tan Keng Yam, semasa beliau meninjau-ninjau sesi-sesi latihan para atlit di Hab Sukan Singapura semalam (18 Apr).

Menurut Dr Tan, berdasarkan pengamatannya semalam, beliau yakin bahawa para atlit negara akan mencatat prestasi yang baik di Kuala Lumpur dan membanggakan Singapura.

Semasa lawatan itu, Dr Tan turut menyaksikan beberapa demonstrasi oleh para pesilat dan atlit lawan pedang.

Beliau turut meninjau-ninjau sesi latihan pasukan bola jaring dan bola tampar dan beliau juga sempat berinteraksi dengan para atlit.

Dr Tan menarik perhatian bahawa 2016 adalah tahun istimewa bagi landskap sukan Singapura, sambil merujuk kepada pencapaian cemerlang Joseph Schooling, Yip Pin Xiu dan Theresa Goh di Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Menurut beliau, pasukan silat negara juga berjaya mempamerkan prestasi yang memberangsangkan di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara yang diadakan baru-baru ini, dan ini menunjukkan betapa sukan adalah sesuatu yang amat penting.

Dr Tan berkata, lebih penting lagi ialah nilai-nilai yang dipegang teguh oleh para atlit dan ini mencerminkan jati diri rakyat negara ini.

Sukan SEA 2017 akan diadakan di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos ini. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan