Images
  • para games
    Para atlit berbasikal Team Singapore di Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur. (Gambar: SportSG)

Sukan Para ASEAN: Team Singapore berjaya raih rekod 50 pingat

SINGAPURA: Sukan Para ASEAN ke-9 sudahpun berakhir dan Team Singapore berjaya mencatat rekod pungutan pingat sebanyak 50.

Para perenang Team Singapore, Theresa Goh dan Yip Pin Xiu sudahpun pulang ke tanah air petang tadi dan disambut oleh Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin di Lapangan Terbang Changi.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas usaha mereka meraih 9 emas, 17 perak dan 24 gangsa iaitu jumlah terbanyak dalam sebuah temasya luar negara. 

- CNA/FL/im

Komen Anda?

Top