Images
  • para games

Sukan Para ASEAN: Pasukan berbasikal S'pura menang 3 pingat

KUALA LUMPUR: Pasukan berbasikal Singapura menang tiga pingat hari ini (17 Sep).

Tan Hun Boon menang gangsa dalam acara kilometer lelaki.

Ini adalah pingat pertama bagi pasukan berbasikal di Sukan Para ASEAN dan juga pingat pertama Team Singapore di Kuala Lumpur.

Dalam acara pecut wanita, Emily Lee dan Sarah Tan meraih prestasi lebih baik kali ini dengan menang perak.

Satu lagi pingat dimenangi dalam acara pecut lelaki.

Jessen Ng dan Calvin Sim menang pingat gangsa.

- CNA/NU/im

Komen Anda?

Top