Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan Masyarakat S'pura 2017 dilancarkan

Sukan Masyarakat Singapura (SCG) 2017 dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean di bangunan Our Tampines Hub yang baru, hari ini (12 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Masyarakat S'pura 2017 dilancarkan

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean melancarkan Sukan Masyarakat Singapura 2017. (Gambar: Vanessa Lim)

Diterbitkan : 12 Mar 2017 02:33PM Dikemas Kini : 12 Mar 2017 02:34PM

SINGAPURA: Sukan Masyarakat Singapura (SCG) 2017 dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean di bangunan Our Tampines Hub yang baru, hari ini (12 Mac).

SCG kali ini menyediakan lebih banyak jenis sukan. Tahun ini, sukan bola sepak ditambah kepada senarai kategori sukan SCG, selain badminton, bola keranjang, boling, sepaktakraw dan tenis meja.

Lebih 600 pasukan akan bertanding dalam enam kategori sukan - peningkatan 20 peratus berbanding SCG tahun lalu.

Anjuran Persatuan Rakyat dan Majlis Kelab Sukan Masyarakat (CSC), SCG bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan menerusi sukan.

SCG akan berlangsung selama tiga bulan sehingga 21 Mei.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan