Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Soh Rui Yong, Rachel See juara tempatan Maraton Standard Chartered

Pemenang pingat emas di Sukan SEA buat dua kali berturut-turut, Soh Rui Yong dan pelari wanita, Rachel See dinobatkan sebagai juara tempatan bagi Maraton Standard Chartered Singapore (SCSM) pagi tadi (3 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2017 02:09PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 09:36PM

SINGAPURA: Pemenang pingat emas di Sukan SEA buat dua kali berturut-turut, Soh Rui Yong dan pelari wanita, Rachel See dinobatkan sebagai juara tempatan bagi Maraton Standard Chartered Singapore (SCSM) pagi tadi (3 Dis).

Buat julung-julung kalinya sepanjang 16 tahun ia berlangsung, SCSM turut diiktiraf sebagai kejuaraan nasional tempatan, dengan Soh dan See digelar juara lelaki dan wanita masing-masing mencatat masa 2 jam 35 minit 55 saat dan 3 jam 11 minit 8 saat.

Bagi kategori lelaki dan wanita antarabangsa pula, warga Kenya, Cosmas Kimutai dan Pamela Rotich menduduki tempat pertama masing-masing dengan mencatat 2:22:24 dan 2:38:31.

Mereka menerima S$50,000 setiap satu manakala juara tempatan, Soh dan See dianugerahi S$10,000.

Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya, ia lebih baik daripada yang dijangkakan. - Soh Rui Yong

Sebelum acara hari ini, Soh sebenarnya bermatlamat untuk menghabiskan maraton itu dalam masa 2:34:00 iaitu jika tercapai, menjadi maraton terpantasnya di Singapura sekaligus memecah rekod Singapura pada 1994 iaitu 2:34:02 yang dimiliki M Rameshon.

Namun, disebabkan kekurangan persiapan, Soh terlepas sasaran sebanyak hampir 2 minit. Soh sebenarnya hanya memutuskan untuk menyertai SCSM dua minggu lalu dan pelari yang berusia 26 tahun itu tidak mempunyai latihan yang secukupnya berbanding persiapannya bagi Sukan SEA 2017.

Sementara itu, bagi kategori wanita tempatan pula, See berkata bahawa beliau sangat berpuas hati dengan pencapaiannya kerana berjaya meraih rekod peribadinya di tanahair sendiri.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya, ia lebih baik daripada yang dijangkakan … kelajuan saya konsisten. Saya tidak berlari terlalu pantas pada awalnya dan pada penghujung (larian) saya tidak berasa penat langsung,” kata wanita yang berusia 34 tahun yang mempunyai dua anak itu.

SCSM tahun ini yang juga menganjurkan acara separuh marathon, 10km dan kategori larian Ekiden serta Kanak-Kanak disertai seramai 48,400 pelari dari 126 negara. Kesemua 12,500 tempat habis dijual buat pertama kali tahun ini. 

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan