Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SNOC terima maaf Soh Rui Yong setelah pertikaian mengenai tajaan

Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) terima permohonan maaf pelari Soh Rui Yong kerana menggambarkan pertubuhan itu "seakan-akan orang jahat", dalam beberapa catatan di Facebook mulai hari Selasa (8 Ogos) berkenaan dengan peraturan penajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
SNOC terima maaf Soh Rui Yong setelah pertikaian mengenai tajaan

Soh Rui Yong semasa di acara Sukan SEA ke-28. (Gambar: Ernest Chua/TODAY)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 09:16PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 09:22PM

SINGAPURA: Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) terima permohonan maaf pelari Soh Rui Yong kerana menggambarkan pertubuhan itu "seakan-akan orang jahat", dalam beberapa catatan di Facebook mulai hari Selasa (8 Ogos) berkenaan dengan peraturan penajaan.

"Kami menerima permohonan maaf Rui Yong dan sedang membantu beliau untuk melupakan insiden tersebut supaya dapat memberi perhatian penuh kepada persediaannya untuk Sukan SEA 2017," kata Setiausaha Agung SNOC Chris Chan dalam satu respons menerusi email.

Perselisihan penajaan melibatkan melibatkan juara bertahan maraton Sukan SEA itu yang kurang gembira dengan peraturan SNOC, yang dilarang mendapat tajaan. Misalnya, para atlit Pasukan Singapura dilarang menggunakan nama mereka untuk "tujuan promosi atau pengiklanan" tanpa kebenaran. Ini termasuk mempromosikan penaja peribadi mereka di media sosial.

Peraturan ini dikatakan membantu mencegah pemasaran mendadak dan penggunaan yang tidak dibenarkan", kata Encik Chan.

Peraturan ini berkuat kuasa dari 5 Ogos hingga 5 September, yang merangkumi tempoh Sukan SEA di Kuala Lumpur dan tempoh terdekat sebelum serta selepas.

Soh pertama kali menyuarakan ketidakpuasannya mengenai peraturan itu dalam catatan Facebook pada hari Selasa (8 Ogos), di mana beliau mengatakan peraturan itu "menjadikan lebih sukar bagi atlit Singapura untuk mendapatkan penajaan dan sokongan kewangan yang kami perlukan untuk berlatih dan bersaing di peringkat tinggi". Beliau juga menujukan catatan itu kepada penaja beliau.

PERATURAN "BUKAN BARU UNTUK PARA ATLIT": SNOC

Menjelaskan kekecewaannya, Soh berkata bahawa peraturan tersebut "menjejas pendedahan para atlit kepada peluang-peluang".

"Pada hari yang saya kehabisan wang penajaan dan sokongan kewangan adalah hari saya bersara daripada sukan padang dan balapan ini kerana saya tidak akan dapat membiayai latihan sepenuh masa dan bersaing di peringkat tertinggi," katanya.

"Sekiranya saya perlu bersaing dengan peserta seperti (pelari maraton Indonesia dan Thailand, Agus Prayogo dan Srising Boonthung) yang berlatih sepenuh masa dan disokong oleh kerajaan Thailand dan Indonesia - saya perlu berlatih di tahap yang sama," kata Soh lagi.

Bagaimanapun Encik Chan menekankan peraturan tanpa penajaan yang dikuatkuasakan sejak awal tahun 2000, "bukan baru bagi para atlit dan pegawai yang mewakili Singapura di Sukan SEA."

"Jenama-jenama dan pertubuhan-pertubuhan yang menaja atlit kami boleh mempromosikan dan melibatkan mereka untuk kempen promosi mereka sepanjang tahun kecuali tempoh larangan selama sebulan supaya jenama dan organisasi rasmi dapat memanfaatkan hubungan mereka dengan sukan-sukan utama dan SNOC," katanya.

Menurut satu klausa dalam perjanjian keanggotaan pasukan yang ditandatangani oleh para atlit sebelum menyertai Sukan SEA, seorang atlit yang melanggar peraturan larangan itu akan "mematuhi arahan SNOC untuk memadamkan semua catatan dan muat naik (serta) sekatan dan menghadapi prosiding disiplin tanpa batasan".

"Peraturan-peraturan ini dibuat oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang sentiasa dikaji, disesuaikan dan diubah suai dengan pasaran kita," tambah Encik Chan. "Kami mengucapkan (Soh) dan semua para atlit kami yang terbaik dan akan berada bersama pasukan jika mereka memerlukan sebarang penjelasan." 

Sumber : CNA/NA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan