Images
  • winston lee
    Setiausaha Agung FAS Winston Lee. (Gambar: CNA)

Setiausaha Agung FAS, Winston Lee, letak jawatan

SINGAPURA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura, Winston Lee mengumumkan perletakan jawatannya hari ini (1 Dis) selepas berkhidmat dengan persatuan itu selama 18 tahun.

Encik Lee menyandang jawatan Setiausaha Agung selama hampir 10 tahun.

Beliau akan meninggalkan FAS menjelang hujung bulan ini.

Masa depan Encik Lee di FAS menjadi tanda-tanya setelah beliau terlibat dalam tengkarah wang derma sebelum persatuan itu mengadakan pemilihan pertama pucuk pimpinannya pada April lalu.

Namun FAS hari ini menyatakan Encik Lee berasa terharu ketika diminta terus berkhidmat dan beliau menyokong majlis baru FAS.

FAS menambah masanya sudah tiba bagi Encik Lee untuk memulakan "tahap selanjutnya" dalam kehidupan beliau sedang musim 2017 berakhir.

FAS juga menyuarakan penghargaan kepada Encik Lee kerana khidmat serta komitmennya kepada persatukan bola sepak itu.

- CNA/MU/fa

Komen Anda?

Top