Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sergio Garcia kembali beraksi di Kejohanan Terbuka S'pura 2018

Juara Kejohanan Golf Masters Amerika Syarikat Sergio Garcia akan bertanding di Kejohanan Terbuka Singapura di Kelab Golf Sentosa buat dua kali berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Sergio Garcia kembali beraksi di Kejohanan Terbuka S'pura 2018

Gambar Sergio Garcia. (Gambar: Reuters/Hannah McKay)

Diterbitkan : 10 Aug 2017 06:38PM Dikemas Kini : 10 Aug 2017 06:41PM

SINGAPURA: Juara Kejohanan Golf Masters Amerika Syarikat Sergio Garcia akan bertanding di Kejohanan Terbuka Singapura di Kelab Golf Sentosa buat dua kali berturut-turut.

Demikian menurut pihak penganjur pada Isnin (7 Ogos).

Warga Sepanyol yang berusia 37 tahun itu pernah disifatkan sebagai salah seorang pemain paling berbakat yang belum pernah menjuarai sebarang kejohanan sehingga beliau mengalahkan pemain golf Britain Justin Rose dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di Augusta pada awal tahun ini.

Kejohanan Terbuka Singapura akan berlangsung dari 18 hingga 21 Januari tahun depan dan dianjurkan oleh Asian Tour dan Pertubuhan Jelajah Golf Jepun.

"Saya berbesar hati dapat kembali bertanding dalam Kejohanan Terbuka SMBC Singapura pada tahun depan. Ia cukup hebat dan begitu juga padang golfnya."

"Dengan itu saya gembira untuk kembali bertanding di Singapura dalam Kejohanan Terbuka SMBC tahun hadapan. Ia satu acara yang amat menarik."

Garcia mengongsi tangga ke-11 semasa membuat kemunculan sulung di sini pada Januari lalu sebelum mencatat kemenangan di Kejohanan Dubai Classic dan Masters pada bulan April. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan