Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Serena Williams selamat lahir anak perempuan

Serena Williams selamat melahirkan anak perempuan, dan juga anak sulung bagi bekas pemain tenis nombor satu dunia itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Serena Williams selamat lahir anak perempuan

Serena Williams. (Gambar: AFP/PETER PARKS)

Diterbitkan : 02 Sep 2017 02:15PM Dikemas Kini : 02 Sep 2017 02:19PM

REUTERS: Serena Williams selamat melahirkan anak perempuan, dan juga anak sulung bagi bekas pemain tenis nombor satu dunia itu.

Demikian menurut jurulatih beliau Patrick Mouratoglou dalam catatannya di Twitter pada Jumaat (1 Sep).

Pemain Amerika berusia 35 tahun itu, yang bertunang dengan pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian, belum bertanding sejak memenangi Kejohanan Terbuka Australia pada bulan Januari.

Williams dan Ohanian bagaimanapun belum mengesahkan kelahiran tersebut secara rasmi.

Beliau mengesahkan kehamilannya pada bulan April, beberapa jam selapas mencetuskan spekulasi apabila beliau memuat naik selfie ke media sosial buat seketika dengan kapsyen: "20 minggu".

Williams, atlit wanita yang menerima bayaran tertinggi di dunia, juga hamil dua bulan apabila beliau merangkul kejuaraan perseorangan 'grand slam' ke-23 di Kejohanan Terbuka Australia.

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan