Images
  • selvaraj
    Bekas ketua jurulatih pasukan Garena Young Lions, V Selvaraj. (Gambar: FAS)

Selvaraj letak jawatan sebagai ketua jurulatih Young Lions

SINGAPURA: Ketua jurulatih pasukan Liga-S Garena Young Lions, V Selvaraj, meletakkan jawatan beberapa bulan sebelum Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada Ogos ini.

Ini diumumkan hari ini (17 Mei) oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang menyatakan Selvaraj meletak jawatan "atas sebab-sebab keluarga".

Para pemain Young Lions, yang membentuk sebahagian besar pasukan Bawah 22 Tahun akan dipimpin oleh ketua jurulatih Pasukan Belia Negara Richard Tardy sehingga Sukan SEA nanti, tambah FAS.

Selvaraj, bekas pemain Liga-S, menjadi jurulatih Young Lions selama enam bulan setelah dilantik pada November lalu.

"Saya sudah membuat keputusan, selepas menimbangkannya, untuk meletak jawatan atas sebab keluarga," kata Selvaraj.

FAS menyatakan ia akan mula mencari ketua jurulatih tetap bagi Garena Young Lions.

- CNA/ru

Komen Anda?

Top