Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Selepas Asia, peninju S'pura Ridhwan Ahmad kini mahu tawan dunia

Kini, juara WBA Asia Super kelas feather Ridhwan Ahmad ingin menjadi juara dunia pertama dari Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas Asia, peninju S'pura Ridhwan Ahmad kini mahu tawan dunia

Petinju Singapura Muhamad Ridhwan Ahmad. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 05 May 2017 11:24PM Dikemas Kini : 05 May 2017 11:30PM

SINGAPURA: Muhamad Ridhwan Ahmad mencetuskan sejarah bulan lalu apabila beliau menjadi warga Singapura pertama untuk digelar juara Persatuan Tinju Sedunia (WBA) selepas tujuh tahun sebagai petinju profesional.

Kini, juara WBA Asia Super kelas feather Ridhwan Ahmad ingin menjadi juara dunia pertama dari Singapura.

Petinju berusia 29 tahun ini akan bertarung dengan Fadhili Majiha dari Tanzania di The Roar of Singapore II - Kebangaan Singapura di Resorts World Sentosa (RWS) pada 27 Mei untuk kejuaraan Pertubuhan Tinju Universal (UBO) World Super Featherweight.

Ridhwan pasti mahu mengekalkan rekod tanpa kalah yang dipegangnya sejauh ini - 7-0-0, termasuk enam kemenangan KO bagaimanapun lawan beliau lebih berpengalaman dan sudah menang 20 pertarungan dan 8 kekalahan.

BERAZAM MAHU MENANG DALAM SETIAP PUSINGAN

Sungguhpun demikian, Ridhwan memberitahu Mediacorp, beliau berasa cukup baik dan hanya memberi fokus kepada latihan. "Saya sedang mengurangkan berat badan dan saya akan mencapai kemuncak (prestasi) tepat pada masanya," kata Ridhwan.

Beliau berazam memenangi setiap pusingan dalam pertarungan 12 pusingan itu.

Ridhwan menambah, beliau sudah menonton video pertarungan Majiha dan enggan mendedah strategi pertarungannya. Namun beliau berjanji pertarungan ini akan merupakan pertarungan yang peminat mahu ingati.

Petinju Singapura itu bagaimanapun mengakui bahawa Majiha adalah seorang peninju yang mahir dan tidak mudah KO, jadi lebih banyak usaha perlu beliau lakukan.

Beliau juga berjanji akan ada banyak 'aksi' dan menjadi lebih agresif.

"Saya tidak melihat diri saya sebagai 'underdog'. Saya hanya melihat lawan saya sebagai mahu merampas apa yang saya sudah kerja keras untuk dapatkan," ujar Ridhwan lagi.

Beliau berkata, ibunya Cik Rogayah Ramli tidak akan berada di gelanggang pertarungan kerana lebih suka berdoa untuk anaknya itu dari rumah.

MAHU MENJADI ANTARA 20 YANG TERBAIK DI DUNIA

Sungguhpun demikian Ridhwan menyatakan beliau tidak sabar untuk 'menghiburkan' keluarga dan rakan-rakannya pada hari pertandingan nanti.

Di peringkat serantau, Ridhwan pernah merangkul tiga pingat gangsa Sukan SEA. Kini beliau menetapkan sasaran jauh lebih tinggi.

"Saya mahu menjadi 20 terbaik di dunia dalam kategori berat badan saya, dan saya mahu bertarung di sebuah gelanggang utama di Amerika Syarikat seperti Madison Square atau Las Vegas.

"Terdapat banyak sejarah di tempat-tempat tersebut, dan menjadi sebahagian daripadanya, adalah menakjubkan," kongsi Ridhwan kepada Mediacorp.

The Roar of Singapore II - Kebangaan Singapura di RWS pada 27 Mei akan menampilkan 10 pertarungan kejuaraan, termasuk empat pertarungan merebut gelaran dunia.

Pertarungan antara Ridhwan dan Majiha adalah salah satu daripada dua perlawanan berprofil tinggi, selain pertarungan antara juara UBO Dunia Light Heavyweight Kanada Ryan Ford dengan pencabarnya Robert Berridge dari New Zealand. 

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan