Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sekurang-kurangnya 29 cedera setelah pagar roboh di stadium Amiens

Sekurang-kurangnya 29 orang cedera dalam kejadian di stadium pasukan bola sepak Amiens ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Oct 2017 08:10PM Dikemas Kini : 01 Oct 2017 10:37PM

PERANCIS: Sekurang-kurangnya 29 orang cedera dalam kejadian di stadium pasukan bola sepak Amiens ini.

Empat daripada 29 mangsa itu, mengalami cedera parah.

Pagarnya roboh apabila para penyokong pasukan bola sepak Lille meluru ke depan bagi meraikan jaringan pasukan mereka pada minit ke-15.

Beberapa orang tergolek sejauh sekitar satu setengah meter dan dihempap oleh para peminat lain yang terjatuh ke atas mereka.

Dibina pada tahun 1999, Stadium de la Licorne itu adalah yang paling kecil daripada 20 kelab Liga 1 Perancis, dengan keupayaan menampung hanya 12,000 penonton.

Perlawanan Liga 1 Perancis itu akhirnya dibatalkan.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan