Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Schooling, Zheng Wen pulang ke S'pura; kedua-duanya gagal capai sasaran

Dua perenang negara, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen, pulang ke tanah air petang tadi (1 Ogos) selepas bertanding dalam Kejohanan Dunia FINA baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2017 08:49PM Dikemas Kini : 02 Aug 2017 01:34AM

SINGAPURA: Dua perenang negara, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen, pulang ke tanah air petang tadi (1Ogos) selepas bertanding dalam Kejohanan Dunia FINA baru-baru ini.

Dalam kejohanan di Budapest, Hungary itu, Schooling dan Quah gagal mencapai sasaran peribadi yang ditetapkan mereka sendiri.

Schooling menang pingat gangsa dalam acara kegemarannya, 100 meter gaya kupu-kupu.

Dia menang pingat emas Olimpik dalam acara itu tahun lalu.

Quah pula terkandas di peringkat saringan bagi kesemua lima acara yang disertainya di Budapest.

Mereka berharap dapat menebus kekecewaan itu dengan memenangi banyak pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan ini.

Dalam Sukan SEA yang lalu di Singapura, Schooling menang sembilan pingat emas manakala Quah, tujuh emas.

Sumber : CNA/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan