Images
  • schooling (1)
    Gambar fail juara Olimpik negara Joseph Schooling beraksi. (Gambar: AFP) 

Schooling yakin menang 2 acara gaya kupu-kupu, sasar pecah rekod Phelps di Kejohanan Dunia FINA

SINGAPURA: Juara Olimpik Joseph Schooling berkata beliau yakin akan memenangi acara kupu-kupu 50 meter dan 100 meter dalam Kejohanan Dunia FINA akan datang di Hungary.

Beliau juga menyasarkan untuk memecahkan rekod dunia 49.82 saat bagi acara gaya kupu-kupu 100 meter yang dipegang oleh Michael Phelps.

Schooling juga bercakap kepada media pagi semalam (5 Jul) melalui panggilan berkumpulan dari pangkalannya di Texas.

Beliau juga akan bertanding dalam empat acara di Hungary - iaitu acara gaya kupu-kupu 50, 100 dan 200 meter, serta acara gaya bebas 100 meter.

Atlit berusia 22 tahun itu mempunyai pengalaman yang mengecewakan di kejohanan renang Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan pada bulan Mac.

Dalam kejohanan tersebut, beliau tewas dalam kedua-dua acara gaya kupu-kupu 100 ela dan 200 ela.

Bagaimanapun, dalam masa kurang tiga minggu sebelum beliau bertanding, School kini bersedia untuk bangkit.

"Saya berpendapat kedua-dua mereka sama-sama mempunyai peluang baik untuk menang. Acara gaya kupu-kupu adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakan dan anda tidak tahu apa yang akan berlaku. Kesilapan boleh berlaku dan kedudukan boleh berubah jadi saya rasa saya yakin tidak akan melakukan kesilapan itu, saya yakin dengan latihan saya dan saya rasa saya boleh memenangi kedua-duanya," kongsi Schooling.

- CNA/im

Komen Anda?

Top