Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Schooling raih pingat gangsa di Kejohanan Dunia FINA

Schooling, 22 tahun, adalah peserta pilihan untuk memenangi acara itu selepas meraih pingat emas Olimpik pertama Singapura semasa Sukan Olimpik Rio 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Schooling raih pingat gangsa di Kejohanan Dunia FINA

Perenang negara Joseph Schooling mendapat pingat gangsa di Kejohanan Dunia FINA. (Gambar: AP/Petr David Josek)

SINGAPURA: Jaguh Olimpik Joseph Schooling mendapat pingat gangsa bagi acara 100m gaya kupu-kupu dengan masa 50.83s di peringkat akhir Kejohanan Dunia FINA hari ini (30 Jul, waktu Singapura).

Perenang Amerika Syarikat Caeleb Dressel memenangi acara itu dengan masa 49.86s, kurang 0.04s daripada rekod dunia yang dicatat perenang legenda Michael Phelps pada 2009.

Perenang Hungary Kristof Milak mendapat pingat perak dengan masa 50.62s sementara perenang Britain James Guy berada turut menduduki tempat ketiga bersama Schooling.

"Ia satu persaingan yang sangat pantas, prestasi Caeleb sangat hebat, perenang Hungary juga mencatat masa yang baik," kata Schooling.

"Tiga atau empat tahun ini pasti menarik bagi keempat-empat perenang ini."

Di separuh akhir semalam, Schooling mencatat masa 50.78s di Arena Duna yang terletak di bandar Budapest, Hungary, untuk menduduki tangga keempat secara keseluruhannya.

Beliau juga menduduki tangga keempat di pusingan kelayakan kelmarin dengan masa 51.21s.

Acara itu adalah peluang terakhir Schooling untuk mendapat pingat emas di kejohanan berkenaan selepas beliau mendapat tempat kelima di peringkat akhir 50m gaya kupu-kupu dan gagal mendapat tempat di separuh akhir 100m gaya bebas.

Schooling, 22 tahun, adalah peserta pilihan untuk memenangi acara itu selepas meraih pingat emas Olimpik pertama Singapura semasa Sukan Olimpik Rio 2016. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan