Images
  • Schooling
    Joseph Schooling mencatat masa 50.39 saat di acara Sukan Olimpik 2016. (Gambar: AFP/Martin Bureau)

Schooling pecahkan rekod 8 tahun Kejohanan Renang Big 12

SINGAPURA: Bintang renang Singapura Joseph Schooling terus menunjukkan prestasi cemerlang, kali ini memecahkan rekod gaya bebas 50 meter di Kejohanan Renang dan Terjun Cantik Big 12 di Austin, Texas.

Schooling memecahkan rekod 18.81 saat sebelum ini, yang dicatat pada tahun 2009 oleh perenang pasukan negara Amerika Syarikat Jimmy Feigen, dengan masa 18.76 sat hari ini (24 Feb).

Schooling mendahului pesaingnya dari universiti yang sama - Universiti Texas, Jack Conger (19.27 saat) dan Brett Ringgold (19.29 saat).

Big 12 adalah kejohanan bagi para atlit dari 10 universiti yang berpangkalan di Texas, di mana Schooling dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik pada tahun 2015.

Schooling membuka mata dunia apabila beliau menumpaskan idolanya sendiri jaguh renang dan legenda Amerika Michael Phelps sekaligus menjadi pemenang Olimpik pertama Singapura dalam gaya kupu-kupu 100 meter pada acara Sukan Olimpik di Rio de Janeiro tahun lalu.

- CNA/nk

Komen Anda?

Top
>