Images
  • schooling (1)
    Gambar fail juara Olimpik negara Joseph Schooling beraksi. (Gambar: AFP) 

Schooling mara ke peringkat akhir 100m gaya kupu-kupu FINA

SINGAPURA: Juara Olimpik Joseph Schooling berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 100 meter gaya kupu-kupu di Kejohanan Dunia FINA hari ini (29 Jul waktu Singapura).

Beliau mencatatkan masa 50.78 saat di Arena Duna di Budapest, Hungary untuk menduduki tempat keempat di peringkat separuh akhir.

Perenang Amerika Syarikat Caeleb Dressel mencatatkan masa terpantas dengan 50.07 saat, manakala perenang Britain James Guy berada di tempat kedua dengan masa 50.67 saat dan Kristof Milak dari Hungary di tempat ketiga dengan masa 50.77 saat.

Schooling juga menduduki tempat keempat di peringkat saringan pada hari Jumaat dengan masa 51.21 saat.

Acara renang 100 meter gaya kupu-kupu merupakan peluang terakhir Schooling untuk memenangi pingat emas di kejohanan ini selepas beliau menamatkan acara 50 meter gaya kupu-kupu dengan menduduki tempat kelima dan gagal mara ke peringkat separuh akhir bagi acara 100 meter gaya bebas.

Peringkat akhir bagi acara 100 meter gaya kupu-kupu akan berlangsung malam ini pada jam 11.30 malam.  

- CNA/FA/fa

Komen Anda?

Top