Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Schooling gagal ke peringkat akhir renang gaya kupu-kupu 200 ela NCAA; Quah duduki tempat kedua

Joseph Schooling tidak berpeluang mempertahankan rekod yang dicatat dalam acara renang gaya kupu-kupu 200 ela bagi Divisyen 1 Lelaki Kejohanan Renang dan Terjun Cantik Persatuan Atletik Kolej Nasional

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2017 05:28PM Dikemas Kini : 26 Mar 2017 09:40PM

SINGAPURA: Joseph Schooling tidak berpeluang mempertahankan rekod yang dicatat dalam acara renang gaya kupu-kupu 200 ela bagi Divisyen 1 Lelaki Kejohanan Renang dan Terjun Cantik Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA), setelah gagal melayakkan diri ke peringkat akhir semalam (25 Mac).

Schooling menamatkan acara renang itu di kedudukan terakhir dengan mencatat masa 1 minit 45.47 saat.

Rakan senegara, Quah Zheng Wen pula mencatat masa 1 minit 40.44 saat mendapat tempat kedua keseluruhan dalam acara yang sama. Rakan sepasukan Schooling di Universiti Texas, Jack Conger, menduduki tempat pertama dengan masa 1 minit 39.88 saat.

Schooling bagaimanapun masih memegang rekod dalam acara renang gaya kupu-kupu 200 ela NCAA dengan masa 1 minit 37.97 saat.

Semalam, Schooling menduduki tempat kedua dalam acara renang 100 ela, dengan mencatat masa 43.75 saat.

Quah yang merupakan mahasiswa Universiti California, Berkeley mencatat masa 45.06 saat dan menduduki tempat kelima dalam acara yang sama. Ia adalah kali pertama Quah bertanding secara perseorangan dalam peringkat akhir acara tersebut.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan