Images
  • schooling (1)
    Gambar fail juara Olimpik negara Joseph Schooling beraksi. (Gambar: AFP) 

Schooling catat masa kedua terpantas di dunia bagi 100m kupu-kupu

TEXAS: Juara Olimpik Singapura Joseph Schooling memberikan respons yang tepat kepada pesaing utamanya Caeleb Dressel menjelang Kejohanan Renang Sedunia FINA di Budapest.

Schooling mencatat masa 50.96 saat untuk memenangi peringkat akhir acara 100 meter gaya kupu-kupu Kejohanan Zon Selatan Speedo 2017 di Austin, Texas semalam (8 Jul).

Masa yang dicatatkannya itu hanya 0.09 saat di belakang Dressel bagi acara yang sama.

Dressel mencatat masa 50.87 saat di Kejohanan Renang Sedunia AS di Indianapolis baru-baru ini.

Shooling berkata: "Saya mahu mencatat masa terpantas sebelum ke Budapest tetapi saya gembira dengan masa 50.96 saat ini. Ia masa yang kedua terpantas tahun ini dan pada masa yang sama ia membantu saya memperoleh pingat gangsa di Kazan (pada Kejohanan Sedunia) pada 2015."

Beliau juga menambah: "Caeleb mencatat masa terpantas tahun ini tetapi saya tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengambil tempat pertama itu dari saya. Saya menjangkakan persaingan yang menarik di Budapest."

Schooling akan ke Croatia dalam masa beberapa hari ini untuk menjalani kem latihan bersama pasukan renang Singapura.

Kempen Schooling bagi Kejohanan Sedunia akan dimulakan dengan acara gaya kupu-kupu 50 meter pada 23 Julai.  

- CNA/fa

Komen Anda?

Top