Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sayidah Aisyah satu-satunya atlit Melayu S'pura ke Olimpik Rio

Atlit sukan dayung, Sayidah Aisyah Mohamed Raffa’ee, merupakan satu-satunya atlit Melayu Singapura yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sayidah Aisyah satu-satunya atlit Melayu S'pura ke Olimpik Rio

Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 01 Jun 2016 10:10AM Dikemas Kini : 01 Jun 2016 04:39PM

SINGAPURA: Atlit sukan dayung, Sayidah Aisyah Mohamed Raffa’ee, merupakan satu-satunya atlit Melayu Singapura yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio tahun ini.

Sayidah Aisyah merupakan antara 24 atlit yang dijangka akan mewakili Singapura di Sukan Olimpik 2016 yang bakal berlangsung di Rio de Janeiro pada bulan Ogos.

Ini berbanding 23 atlit mewakili Singapura dalam kontinjen yang bertanding di Sukan Olimpik London 2012.

Demikian menurut Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada hari Selasa (31 Mei).

Jawatankuasa Pemilihan SNOC, yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin mengesahkan bahawa 21 atlit sudahpun melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik Rio.

Tiga lagi atlit - dua dari atletik dan satu dari sukan renang - dijangka akan menyertai kontinjen negara itu.

Menurut SNOC, pihaknya secara prinsip sudahpun memberikan sokongannya kepada ketiga-tiga atlit itu, meskipun ia bergantung kepada pengesahan daripada persekutuan-persekutuan antarabangsa seperti proses pemilihan dalaman NSA masing-masing, yang dijangka akan dimuktamadkan pada Julai ini.

Menurut Setiausaha Agung SNOC Chris Chan, lebih separuh daripada kontinjen kali ini akan membuat penampilan sulung mereka di Rio.

Chef de Mission Team Singapore bagi Sukan Olimpik Rio 2016, Encik Low Teo Ping berkata pasukan-pasukan sokongan bekerja keras untuk membantu para atlit mempertingkat persiapan sebelum bertanding di temasya sukan itu.

"Sukan seperti renang, kapal layar dan acara menembak mempamerkan prestasi yang cemerlang di peringkat kelayakan, mencatat rekod bagi jumlah atlit yang berjaya melayakkan diri," kata Encik Low. 

Sumber : CNA/aw/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan