Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura mula gunakan singkatan 'SGP' dan bukan lagi 'SIN' di Sukan SEA

Singapura akan mula menggunakan singkatan 'SGP' bagi kod negara itu, bukan lagi 'SIN' seperti yang digunakan sebelum ini, di temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (APG).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mula gunakan singkatan 'SGP' dan bukan lagi 'SIN' di Sukan SEA

Bendera Singapura di Parlimen. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 14 May 2017 04:07PM Dikemas Kini : 14 May 2017 04:09PM

KUALA LUMPUR: Singapura akan mula menggunakan singkatan 'SGP' bagi kod negara itu, bukan lagi 'SIN' seperti yang digunakan sebelum ini, di temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (APG).

Ini disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Low Beng Choo.

"Ya, Singapura akan menggunakan SGP. Mereka telah memohon kepada IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) dan telah diluluskan," katanya kepada Bernama.

Kod baru itu digunakan kali pertama sewaktu Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, Jepun pada bulan Februari lalu, selepas diluluskan oleh IOC pada September 2016.

Republik itu menggunakan singkatan ''SIN'' sejak 1959, termasuk ketika Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Malaysia juga pernah menggunakan singkatan ''MAL'' dari 1964-1988 sebelum menukarnya kepada ''MAS''.

Temasya Sukan SEA ke-29 akan diadakan di Kuala Lumpur dari 19-30 Ogos manakala APG pula akan berlangsung dari 17-23 September. 

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan