Images
  • cup bank aya
    Aksi pasukan Singapura menentang Vietnam. (Gambar: Laman web FAS)

S'pura, Malaysia naik 3 tangga dalam ranking terbaru FIFA

KUALA LUMPUR: Singapura dan Malaysia naik tiga tangga dan masing-masing berada di kedudukan ke-157 dan 155 dalam ranking terkini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut laman FIFA, kedudukan terbaru Singapura kini naik tiga tangga berbanding ranking yang dikeluarkan sebelum ini.

Malaysia pula kini mengumpul 148 mata, biarpun tidak bermain sebarang perlawanan dalam masa dua bulan lalu, selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Filipina pada 22 Mac lalu.

Kedua-dua negara kini berada dalam kelompok pasukan seperti Papua New Guinea yang berada pada ranking ke-153, Chad (154) dan Maldives (156).

Sementara itu, tiada perubahan besar direkodkan dalam kalangan 10 pasukan teratas bulan ini, kecuali Poland yang naik satu tangga lantas berkongsi kedudukan ke-10 bersama Sepanyol, sementara Brazil di tangga teratas di hadapan jirannya Argentina yang disusuli dengan Jerman dan Chile.

Ranking bulanan itu melibatkan 206 negara. 

- BERNAMA/ru

Komen Anda?

Top