Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura julang Piala Sultan Selangor kali ke-7! Kalahkan pasukan Selangor PKNS 3-2

Pasukan Pilihan Singapura menumpaskan pasukan Selangor PKNS untuk menjulang Piala Sultan Selangor buat kali ketujuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2017 07:56PM Dikemas Kini : 08 May 2017 12:00AM

SINGAPURA: Pasukan Pilihan Singapura menumpaskan pasukan Selangor PKNS untuk menjulang Piala Sultan Selangor buat kali ketujuh.

Singapura menang 3-2 di hadapan 26,000 penonton di Hab Sukan, malam semalam (6 Mei).

Singapura membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi tandukan Khairul Nizam.

Jurang gol dilanjutkan kepada 2-0 hasil gandingan Yasir Hanapi' dengan Shakir Hamzah.

Pada minit ke-60, Faris Ramli menyempurnakan tendangan penalti bagi merubah kedudukan kepada 3-0.

Namun Selangor bangkit semula untuk merapatkan jurang gol kepada 3-1, tiga minit kemudian.

Pada minit ke-77, Gonzalo Castro menjaringkan gol kedua Selangor.

Tetapi Selangor gagal menambah jaringan sekaligus memberikan kemenangan kepada Singapura.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan