Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura hantar lebih 650 atlit ke Sukan SEA, Para ASEAN

Pagi tadi (22 Jul) Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga yang juga Presiden Majlis Olimpik Singapura (SNOC) Tan Chuan-Jin menyerahkan bendera negara kepada kontinjen itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2017 06:15PM Dikemas Kini : 22 Jul 2017 10:58PM

SINGAPURA: Singapura menghantar lebih 650 atlit ke Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur.

Ia merupakan kontinjen terbesar Singapura bagi kejohanan itu yang diadakan di luar negeri.

Pagi tadi (22 Jul) Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga yang juga Presiden Majlis Olimpik Singapura (SNOC) Tan Chuan-Jin menyerahkan bendera negara kepada kontinjen itu.

Para atlit yang terpilih berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi mengharumkan nama Singapura di Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN bulan depan.

94 atlit negara ini akan bertanding dalam Sukan Para ASEAN berbanding rekod lama 57 orang semasa kejohanan itu berlangsung di Thailand pada tahun 2008.

569 atlit pula akan bertanding dalam Sukan SEA. Jasmine Ser dipilih sebagai pembawa bendera negara bagi skuad Sukan SEA.

SUHAIRI SUHANI KETUAI KONTINJEN PARA ASEAN S'PURA

Suhairi Suhani pula akan mengetuai kontinjen Singapura untuk Sukan Para ASEAN. Beliau menyifatkannya sebagai satu penghormatan yang mengejutkan bagi dirinya.

"Saya sangat gembira jadi pemegang bendera negara saya. Jadi harap-harap semasa pertandingan nanti, saya menang supaya saya dapat berdiri di podium nanti," ujar beliau yang menyertai sukan lompat jauh.

Sukan SEA akan bermula pada 19 Ogos manakala Sukan Para ASEAN pada bulan September.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan