Images
  • teck yin
    CEO Sport Singapore Lim Teck Yin.

S'pore Athletics perlu 'lakarkan semula langkah' selepas Sukan SEA - Sport SG

SINGAPURA: Singapore Athletics (SA) perlu "melakar semula langkah-langkah" dan menilai prestasinya selepas pencapaian yang hambar di Sukan SEA baru-baru ini.

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sport Singapore (SportSG) Lim Teck Yin hari ini (12 Sep).

Atlit Singapura hanya meraih dua pingat emas daripada 45 yang dipertandingkan, masing-masing dimenangi atlit maraton Soh Rui Yong dan atlit lompat tinggi Michelle Sng.

Ia juga terlepas "terlalu banyak peluang", kata Encik Lim sedang agensi sukan negara itu menilai prestasi Team Singapore di temasya berkenaan.

SA menjadi perhatian kerana permainan politik dalam kalangan anggota eksekutif, menyebabkan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan SportSG perlu campur tangan untuk menguruskan pasukan atletik Sukan SEA.

Beliau menambah SA perlu melaporkan perkembangan program berbilang tahun tetapi menjelaskan pihak pengurusan buat masa ini tidak berada dalam kedudukan untuk menyatakan laporan itu dengan baik atau "melaksanakannya secara konsiten dan padu".

Mengenai sukan bola sepak negara, yang juga menunjukkan prestasi hambar di Sukan SEA, Encik Lim berkata pasukan Persatuan Bola Sepak Singapura perlu menangani realiti.

Meskipun sukan bola sepak dan atletik menunjukkan prestasi hambar, Singapura berjaya mencatat pencapaian terbaik Sukan SEA di luar negara sejauh ini dengan 57 pingat emas, 58 perak dan 73 gangsa.

- CNA/RU/ru

Komen Anda?

Top