Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Renang: Schooling layakkan diri bagi pusingan separuh akhir acara 100m gaya kupu-kupu kejohanan sedunia

Setelah memecahkan rekod Asia dua kali bagi acara 50m gaya kupu-kupu di pusingan kelayakan dan separuh akhir beliau hanya mendapat tempat kelima di pusingan akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2017 08:14PM Dikemas Kini : 28 Jul 2017 10:12PM

SINGAPURA: Jaguh Olimpik Joseph Schooling pada hari ini (28 Jul) melayakkan diri bagi pusingan separuh akhir acara 100m gaya kupu-kupu Kejohanan Sedunia FINA.

Schooling mencatat masa 51.21s di Arena Duna di Budapest, Hungary untuk menduduki tempat keempat secara keseluruhan di pusingan kelayakan.

Seorang lagi perenang Singapura Quah Zheng Wen terlepas peluang menempah tempat di pusingan separuh akhir selepas mencatat masa 52.13s untuk mendapat tempat ke-18.

Perenang Amerika Syarikat Caeleb Dressel mendapat tempat pertama keseluruhan dalam pusingan kelayakan dengan masa 50.08s. Perenang Itali Piero Codia (51.09s) dan perenang Britain James Guy (51.16s) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pusingan separuh akhir akan berlangsung lewat hari ini mulai 11.30 malam (masa Singapura).

Schooling merupakan favorit untuk menang acara ini selepas meraih pingat emas Olimpik yang pertama bagi Singapura di temasya Sukan Olimpik Rio 2016.

Kempen Schooling, 22 tahun, di kolam renang penuh dengan pahit manis.

Setelah memecahkan rekod Asia dua kali bagi acara 50m gaya kupu-kupu di pusingan kelayakan dan separuh akhir beliau hanya mendapat tempat kelima di pusingan akhir.

Quah dijadualkan bersaing esok dalam acara 50m kuak lentang kejohanan itu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan