Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Renang: Quah Zheng Wen catat rekod nasional baru di Kejohanan Sedunia FINA

Perenang berusia 20 tahun ini akan bertarung dalam dua lagi acara di kejohanan sedunia berkenaan iaitu acara 50m kuak lentang dan 100m gaya kupu-kupu.

Anggaran Waktu Membaca:
Renang: Quah Zheng Wen catat rekod nasional baru di Kejohanan Sedunia FINA

Gambar fail perenang negara, Quah Zheng Wen. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jul 2017 10:03PM Dikemas Kini : 27 Jul 2017 10:05PM

SINGAPURA: Perenang negara Quah Zheng Wen memecahkan rekod negara yang dicatat beliau sendiri bagi acara 200m kuak lentang pada hari ini (27 Jul) dengan masa 1:59.49s di pusingan kelayakan Kejohanan Sedunia FINA.

Masa itu, bagaimanapun, tidak cukup untuk beliau melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan beliau menduduki tangga ke-24 secara keseluruhan di pusingan kelayakan.

Perenang Amerika Syarikat Ryan Murphy mengungguli ranking keseluruhan pusingan kelayakan dengan masa 1:56.11s sementara perenang Hungary Peter Bernek (1:56.53s) dan perenang Lithuania Danas Rapsys (1:56.57s) masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Perenang New Zealand Corey Main mendapat tempat terakhir untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dengan masa 1:58.34s.

Rekod Quah sebelum ini ialah 2:00.45s yang dicatat bulan lalu di pusingan kelayakan Kejohanan Renang Nasional Singapura Neo Garden ke-13.

Perenang berusia 20 tahun ini akan bertarung dalam dua lagi acara di kejohanan sedunia berkenaan iaitu acara 50m kuak lentang dan 100m gaya kupu-kupu.

Quah yang merupakan seorang mahasiswa Universiti California juga tidak berjaya menempah tempat di pusingan separuh akhir bagi acara 200m gaya kupu-kupu dan 100m kuak lentang selepas mendapat tempat ke-18 bagi kedua-dua acara tersebut yang diadakan di Budapest.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan