Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Real Madrid mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah; Arsenal belasah Southampton 2-0

Real Madrid menyingkirkan jirannya Atletico Madrid buat kali keempat dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Real Madrid mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah; Arsenal belasah Southampton 2-0

Pemain Atletico Madrid Yannick Ferreira Carrasco (tengah) beraksi semasa perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid. (Gambar: JAVIER SORIANO/AFP)

Diterbitkan : 11 May 2017 08:55AM Dikemas Kini : 11 May 2017 08:56AM

MADRID: Real Madrid menyingkirkan jirannya Atletico Madrid buat kali keempat dalam Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu (10 Mei) walaupun Real kalah dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir itu dengan keputusan 1-2 tetapi berjaya ke peringkat akhir dengan agregat 4-2.

Atletico cuba merapatkan jurang melalui dua gol jaringan Saul Niguez dan Antoine Griezmann, yang tewas 0-3 di tangan Real dalam perlawanan pertama.

Bagaimanapun, pemain Real Isco berjaya menjaringkan satu gol sebelum separuh masa pertama berakhir, yang sekaligus menjejas semangat para pemain Atletico.

Tiga gol jaringan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan memberikan kelebihan kepada Real yang cuba menjadi pasukan pertama untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah apabila pasukan itu bertemu Juventus di perlawanan akhir di Cardiff pada 3 Jun nanti.

Dalam pada itu, Alexis Sanchez menjaringkan golnya yang ke-20 dalam Liga Perdana England musim ini apabila Arsenal menang 2-0 ke atas Southampton.

Kemenangan ini memberi harapan kepada Arsenal untuk merebut empat tangga teratas liga.

Kemenangan itu meletakkan anak buah Arsene Wenger itu di depan Manchester United di tangga kelima dan tiga mata di belakang Manchester City, yang menduduki tangga keempat iaitu tempat terakhir bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan