Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Real Madrid julang trofi La Liga kali ke-33

Real Madrid merangkul kejuaraan La Liga buat kali ke-33 setelah menang 2-0 ke atas Malaga, awal pagi tadi (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Real Madrid julang trofi La Liga kali ke-33

Real Madrid menjuarai La Liga buat kali ke-33. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 May 2017 02:30PM Dikemas Kini : 22 May 2017 03:15PM

MADRID: Real Madrid merangkul kejuaraan La Liga buat kali ke-33 setelah menang 2-0 ke atas Malaga, awal pagi tadi (22 Mei).

Kemenangannya itu juga yang pertama dalam tempoh lima tahun.

Cristiano Ronaldo memastikan Madrid memulakan perlawanan dengan sempurna apabila meledak gol seawal minit kedua.

Karim Benzema menyempurnakan percubaan jarak dekat di separuh masa kedua, ketika perlawanan baru memasuki 10 minit.

Dalam aksi pagi tadi, Real hanya memerlukan satu mata untuk memastikan gelaran itu.

"Ia adalah hari paling menggembirakan buat saya dalam bidang profesional," kata pengurus Madrid, Zinedine Zidane.

"Saya mempunyai pengalaman sebagai pemain dan sebab itu saya mengatakan ia adalah hari yang menggembirakan buat saya dalam kehidupan profesional kerana sebagai jurulatih, ia mengubah segala-galanya.

"Saya sudah memenangi segala-galanya dengan kelab ini, namun menjuarai La Liga adalah yang terbaik," katanya.

Madrid mengetepikan cabaran Barcelona di takhta liga dengan perbezaan tiga mata.

Pasukan itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Eibar 4-2 dalam perlawanan terakhir Luis Enrique di laman sendiri - dan perlu bertanggungjawab kerana gagal meraih gelaran liga ketiga berturut-turut.

"Secara keseluruhannya, ini adalah musim terbaik saya bersama Real Madrid," kata Ronaldo yang menjaringkan 25 gol dalam saingan La Liga musim ini.

"Semua orang bermain dengan baik dan memberikan sumbangan," katanya

Kali terakhir Real merebut trofi Liga Sepanyol ialah pada musim 2011/2012. 

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan