Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ramai pemain Liga S bimbang tentang kontrak, gaji kurang S$3,000 sebulan

Bobby (bukan nama sebenar), seorang bekas pemain bola sepak profesional yang sudah bermain dalam Liga S selama 20 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramai pemain Liga S bimbang tentang kontrak, gaji kurang S$3,000 sebulan

Para pemain Hougang United berlatih sebelum musim liga bermula. (Gambar: Noor Farhan)

SINGAPURA: Bobby (bukan nama sebenar), seorang bekas pemain bola sepak profesional yang sudah bermain dalam Liga S selama 20 tahun, menganggap dirinya bertuah berbanding para pemain sekarang.

Dengan mewakili beberapa kelab ketika itu, beliau berjaya meraih pendapatan dari sekitar S$4,000 hingga S$9,000 sebulan di pelbagai peringkat yang berbeza dalam kerjayanya sebagai seorang pemain bola sepak.

Meskipun jumlah ini kecil berbanding gaji yang diterima oleh pemain bola sepak di Eropah atau negara lain di Asia, kerjayanya selama 20 tahun membolehkannya untuk merancang masa depan selepas beliau bersara.

Bagaimanapun, tidak semua pemain profesional yang bertuah sepertinya.

"Ada juga pemain yang bekerja sambilan di luar padang dan saya faham keadaan itu, kerana mereka tidak meraih pendapatan yang tinggi," kata Bobby.

Setelah meluangkan masa untuk mewawancara 10 pemain yang kini bermain dalam Liga S, Mediacorp mendapati bahawa anggota skuad secara purata meraih pendapatan kurang S$3,000 sebulan, manakala para pemain yang sering bermain dalam pasukan kebangsaan akan meraih S$5,000 hingga S$8,000.

Seorang pemain elit tempatan juga adakalanya dapat meraih sehingga S$10,000 sebulan, tetapi mereka memberitahu Mediacorp bahawa ia jarang sekali berlaku.

Bobby turut menambah bahawa beliau dapat memahami mengapa kelab-kelab kurang senang apabila pemain-pemain menambah pendapatan mereka dengan melakukan satu lagi pekerjaan, tetapi "jika anda memahami keadaan mereka, kebanyakan mereka mempunyai keluarga dan bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga mereka."

Cabaran kewangan adalah kunci utama bagi kebanyakan pemain, tetapi para pemain yang diwawancara berkata bahawa apa yang lebih penting adalah sama ada mereka akan mendapat pekerjaan selepas kontrak mereka tamat.

Bagaimanapun, dengan jumlah penonton yang masih rendah dan kurang minat yang ditunjukkan terhadap Liga S, kelab-kelab juga mengambil pendekatan lebih konservatif dalam memilih pemain.

Selain itu, Bobby turut menambah bahawa ketidakpastian untuk mendapatkan kontrak baru adalah halangan yang amat besar dan mencabar bagi para pemain yang masih mahu meneruskan kerjaya profesional mereka dalam Liga S. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan