Images
  • rafa nadel
    Pemain tennis Rafa Nadal. 

Rafa Nadal menang kejuaraan terbuka China

CHINA: Pemain nombor satu dunia, Rafa Nadal meraih kemenangannya yang keenam musim ini dengan menggondol kejuaraan terbuka China.

Nadal, 31 tahun, menang mudah ke atas Nick Kyrgios dalam peringkat akhir ini.

Pemain Australia itu terjejas permainannya apabila diberi mata penalti kerana bertengkar dengan para pegawai dalam set pertama.

Nadal dari Sepanyol mengambil masa hanya sejam setengah untuk menundukkan Kyrgios dengan 6-2, 6-1.

Ini merupakan kemenangan Nadal yang pertama di China sejak membuat penampilan pada 2005. 

- BERITAMediacorp/MM/fa

Komen Anda?

Top