Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala UEFA: Gonzalo Higuain 'tutup' mulut pengkritik

Pemain Argentina, Gonzalo Higuain melenyapkan kecaman semua pengkritiknya dengan memastikan kemenangan Juventus ke atas kelab Perancis, Monaco dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 May 2017 09:31PM Dikemas Kini : 05 May 2017 01:10AM

EROPAH: Pemain Argentina, Gonzalo Higuain melenyapkan kecaman semua pengkritiknya dengan memastikan kemenangan Juventus ke atas kelab Perancis, Monaco dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA.

Kylian Mbappé hampir-hampir meletakkan Monaco di hadapan pada awal perlawanan.

Tetapi sebaliknya Higuain yang membolosi pintu gol Monaco pada minit ke 29.

Gandingan Dani Alves dengan Higuain sekali lagi membuahkan hasil, kali ini untuk gol kedua Juventus pada minit ke 59.

Dua gol jaringan Higuain ini sekali gus menggandakan jumlah gol yang diraihnya dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara UEFA.

Higuan, 29 tahun, sebelum ini dibidas kerana didakwa gagal mempamerkan prestasi yang baik.

Dia hanya berjaya menyumbang dua gol dalam 24 perlawanan Liga Juara-juara UEFA.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan