Images
  • may ooi
    Peserta seni mempertahankan diri campuran Singapura May Ooi (tengah) mendapat pingat emas. (Gambar: May Ooi)

Peserta MMA S'pura May Ooi menang pingat emas dalam pertandingan Jiu-Jitsu Asia

SINGAPURA: Penggiat seni pertahanan diri campuran (MMA) tempatan May Ooi memenangi pingat emas dalam pertandingan seni mempertahankan diri Brazil, jiu-jitsu (BJJ) yang terbesar di Asia pada Jumaat (8 Sep).

Beliau bersaing di Pertandingan Asia itu yang disokong Persekutuan BJJ Antarabangsa dan memenangi kategori tali pinggang biru (satu pangkat lebih tinggi daripada peserta baru yang bertali pinggang putih).

Ooi yang berusia 41 tahun mengalahkan para peserta Jepun, Yukari Sato dan Miki Ishitsuka, dan juga peserta Mongolia Sainjargal Batbaatar yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Pertandingan BJJ itu adalah pertandingan pertama Ooi dan beliau berlawan dengan para pesaing lebih berat memandangkan berat badannya hanya 58kg semasa mendaftar bagi pertandingan itu.

"Saya sangat seronok memenangi pertandingan ini," kata bekas perenang Olimpik dan doktor itu kepada Mediacorp.

"Tambahan lagi, saya harus menjalani penggantungan perubatan dua minggu selepas kejohanan ONE Championship jadi saya tidak berlatih selama dua minggu dan hanya berlatih pada minggu ini."

Kemenangan ini mencul selepas Ooi menang ke atas Ann Osman dari Malaysia semasa beraksi di MMA Asia ONE pada pertengahan bulan Ogos.

Beliau menunjukkan prestasi cemerlang walaupun bertarung di 'gelanggang lawan' semasa menentang Ann di Kuala Lumpur. 

- CNA/RU/ru

Komen Anda?

Top