Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peru mara ke peringkat akhir Piala Dunia, kali pertama sejak 1982

Tiket terakhir dan yang ke 32 bagi peringkat akhir temasya bola sepak Piala Dunia berjaya direbut Peru yang menewaskan New Zealand 2-0 mengikut kiraan agregat. Peru mara hasil jaringan Jefferson Farfan dan Christian Ramos.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2017 04:33PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 11:00PM

LIMA: Tiket terakhir dan yang ke 32 bagi peringkat akhir temasya bola sepak Piala Dunia berjaya direbut Peru yang menewaskan New Zealand 2-0 mengikut kiraan agregat.

Peru mara hasil jaringan Jefferson Farfan dan Christian Ramos.

Ini merupakan kali pertama Peru berjaya layak ke peringkat akhir Piala Dunia sejak 1982.

Disenaraikan sebagai pasukan nombor 10 di dunia, Peru mungkin diletakkan dalam kategori kedua pasukan-pasukan yang akan menjalankan undian menentukan kumpulan masing-masing, pada 1 Disember depan.

Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Mosko dijadual bermula pada 14 Jun depan.

Awal dari itu, Australia turut mara ke Mosko setelah mengecapi kemenangan besar ke atas Honduras.

Kapten Mile Jedinak menghasilkan hat-trick di hadapan hampir 77,000 penyokong Australia di Sydney.

Australia menang 3-1 untuk menjadi pasukan ke-31 layak ke Mosko, tahun depan.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan